Monday, December 17, 2018

Medical Card: Apa yang perlu anda tahu


Assalamualaikum. Entri kali ini akan membincangkan apa yg perlu kita ketahui tentang medical card.
Ramai yg salah faham dgn terma dan syarat medical card. Bila dapat je medical card terus nak guna, bila tak boleh guna akan marah2 dgn penyedia medical card (syarikat takaful/insurans) termasuk diviralkan. Namun tak boleh juga salahkan pelanggan marah2, mgkn agen takaful/insurans tak terangkan sepenuhnya, janji dpt jual medical card. Berikut adalah beberapa perkara yg perlu anda ketahui tentang medical card:

1. Penyakit atau kondisi tubuh (akibat kemalangan) sediada
Kebiasaannya penyakit sediada atau kondisi tubuh yg disebabkan kemalangan sebelum memohon medical card tidak akan dilindungi. Hampir semua syarikat takaful/insurans mempunyai terma yg sama berkenaan hal ini. Adalah sgt penting anda mnyatakan keadaan kesihatan anda sebelum memohon. Risikonya ialah contohnya anda mmg mempunyai sakit batu karang dan anda sembunyikan hal ini ketika memohon medical card, lalu anda ke hospital swasta utk mendapatkan rawatan dgn harapan medical card akan cover kos rawatan. Jika syarikat pengendali tahu anda telah mempunyai sakit tersebut, mereka akan tolak tuntutan anda dan anda sendiri kena bayar kos tersebut. kalau ada duit tak mengapa....kalau takde?

2. Tempoh menunggu
Bila sahaja dapat medical card anda, ianya mempunyai tempoh tertentu utk digunakan:
  • kemalangan - boleh terus guna
  • sakit biasa (demam, selsema) - selepas 30 hari
  • sakit tertentu samada kritikal atau tidak (disenaraikan oleh pengendali) - Selepas 4 bulan keatas
perlu diingatkan dalam tempoh 2 tahun, pihak pengendali mempunyai hak utk menyiasat mana2 sakit kritikal yg dihidap pelanggan. Ini adalah utk memastikan bahawa sakit tersebut samada telah ada atau belum ada semasa memohon medical card.

3. Perkara yang tidak dilindungi

  • segala bentuk rawatan gigi kecuali akibat kemalangan
  • bersalin 
  • kecederaan akibat cubaan membunuh diri
pihak pengendali juga mempunyai syarat2 lain utk perkara yang tidak dilindungi. sila pastikan anda membaca polisi anda dgn teliti.

4. Had penggunaan
Medical card mempunyai had penggunaan tahunan dan seumur hidup yang berbeza tertakluk kepada jenis medical card. Kebiasaannya utk medical card yg disediakan oleh sesuatu syarikat utk pekerja mereka mempunyai had tahunan antara rm25000 hingga rm50000 setahun dan ada juga hingga rm100k atau lebih. Medical card individu kebiasaannya dari rm100k dan keatas dengan had seumur hidup Rm1juta keatas tertakluk kepada pengendali.

5. Medical card keluarga
Ada syarikat pengendali yg menyediakan medical card utk satu keluarga. Secara umumnya, medical card keluarga ini adalah baik kerana ianya lebih murah dan berbaloi. Lebih mudah utk uruskan kewangan keluarga dan kesihatan keluarga. Namun ianya ada juga kelemahnya (sy tidak akan paparkan disini).

Itulah secara umumnya apa yang perlu anda tahu ttg medical card. Jika ada pertanyaan boleh komen diruangan komen. Harap ada manfaat utk anda.... terima kasih.



No comments:

Post a Comment