Apakah definisi lumpuh kekal dari sudut takaful? rasanya ramai yang tidak tahu... adakah hilang satu jari di kira lumpuh kekal? adakah sebelah tangan lumpuh tak boleh digerakkan dikira lumpuh kekal?
Disini saya akan jelaskan maksud lumpuh kekal dari sudut takaful. hilang satu jari atau lumpuh tangan sebelah tidak dikira lumpuh kekal...ia dipanggil cacat kekal. cacat kekal ni, jika kita ada perlindungan takaful cth mcm hibah, hanya boleh dpt pampasan dalam 10% hingga 25% bedasarkan cacat yg kita alami. Lumpuh kekal dari sudut takaful bagi yg berumur dr 19thn hingga 60thn mempunyai dua kondisi (bg warga emas dan kanak2 sy akan terangkan pada entri yg lain)
1. Kita mempunyai enam anggota yg utama iaitu 2 biji mata, 2 tangan dan 2 kaki. Jika kita kehilangan dua anggota dari enam anggota tersebut ianya adalah lumpuh kekal. Tak kisah jika kita hilang 1 tangan dan 1 kaki, tetap dipanggil lumpuh kekal dan kita boleh dapat pampasan 100% atau 90% berdasarkan terma perlindungan dr syarikat Takaful.
Apa maksud kehilangan anggota tersebut:
- mata - buta sepenuhnya. jika masih boleh melihat cahaya dikira bukan buta sepenuhnya
- tangan - hilang anggota tangan dr pergelangan tangan keatas atau bahasa mudah tangan putus
- kaki - hilang anggota kaki dr buku lali keatas atau bahasa mudah kaki putus
2. Dengan pengesahan drp doktor bahawa anda tidak mampu melakukan apa2 kerja termasuk menguruskan diri anda sendiri.
Harap ada manfaat utk anda.
No comments:
Post a Comment