Ramai yang tahu tentang hibah ataupun hadiah pada masa kini. Kebanyakan company takaful memang menyediakan produk berasaskan hibah. Hampir semua company takaful akan promosi produk hibah ini dengan "apa akan jadi kepada isteri atau anak2 jika anda meninggal", "hibah penting utk yang tersyg jika anda meninggal dunia", "hibah tidak perlu melalui proses faraid" dan mcm2 lagi. Hampir semuanya dikaitkan dengan kematian.
TAPI TAHUKAH ANDA HIBAH JUGA SANGAT PENTING JIKA ANDA MENGALAMI LUMPUH KEKAL?
Kenapa???
1. Apabila anda mengalami lumpuh kekal, maka kebiasaannya anda akan kehilangan pekerjaan. Majikan tidak akan menyimpan anda kerana anda telah menjadi liabiti kepada syarikat tidak kira swasta atau kerajaan. Maka anda akan kehilangan punca pendapatan. Maka disinilah hibah memainkan peranan sebagai pengganti gaji utk anda.
2. Apabila anda mengalami lumpuh kekal, kos penjagaan anda adalah tinggi dan mungkin isteri atau suami terpaksa menjaga anda, dan pekerjaan mereka juga mgkn akan terjejas. Oleh itu, pampasan hibah ini boleh digunakan utk kesihatan anda dan juga belanja utk keluarga.
3. Bila mengalami lumpuh kekal, kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi berbanding jika anda meninggal. Dgn kos perubatan, kos sara hidup anda dan juga kos penjagaan anda, belum lagi dikira kos sara hidup keluarga anda.
Harap penjelasan ini bermanfaat utk anda merancang kewangan anda.
*hibah bukanlah segala-galanya jika anda meninggal atau mengalami musibah. ianya hanya sebagai satu bentuk usaha, selebihnya kita panjatkan doa dan tawakal kerana segalanya adalah dibawah kekuasaan Allah.
No comments:
Post a Comment