Monday, December 17, 2018

Medical Card: Apa yang perlu anda tahu


Assalamualaikum. Entri kali ini akan membincangkan apa yg perlu kita ketahui tentang medical card.
Ramai yg salah faham dgn terma dan syarat medical card. Bila dapat je medical card terus nak guna, bila tak boleh guna akan marah2 dgn penyedia medical card (syarikat takaful/insurans) termasuk diviralkan. Namun tak boleh juga salahkan pelanggan marah2, mgkn agen takaful/insurans tak terangkan sepenuhnya, janji dpt jual medical card. Berikut adalah beberapa perkara yg perlu anda ketahui tentang medical card:

1. Penyakit atau kondisi tubuh (akibat kemalangan) sediada
Kebiasaannya penyakit sediada atau kondisi tubuh yg disebabkan kemalangan sebelum memohon medical card tidak akan dilindungi. Hampir semua syarikat takaful/insurans mempunyai terma yg sama berkenaan hal ini. Adalah sgt penting anda mnyatakan keadaan kesihatan anda sebelum memohon. Risikonya ialah contohnya anda mmg mempunyai sakit batu karang dan anda sembunyikan hal ini ketika memohon medical card, lalu anda ke hospital swasta utk mendapatkan rawatan dgn harapan medical card akan cover kos rawatan. Jika syarikat pengendali tahu anda telah mempunyai sakit tersebut, mereka akan tolak tuntutan anda dan anda sendiri kena bayar kos tersebut. kalau ada duit tak mengapa....kalau takde?

2. Tempoh menunggu
Bila sahaja dapat medical card anda, ianya mempunyai tempoh tertentu utk digunakan:
  • kemalangan - boleh terus guna
  • sakit biasa (demam, selsema) - selepas 30 hari
  • sakit tertentu samada kritikal atau tidak (disenaraikan oleh pengendali) - Selepas 4 bulan keatas
perlu diingatkan dalam tempoh 2 tahun, pihak pengendali mempunyai hak utk menyiasat mana2 sakit kritikal yg dihidap pelanggan. Ini adalah utk memastikan bahawa sakit tersebut samada telah ada atau belum ada semasa memohon medical card.

3. Perkara yang tidak dilindungi

  • segala bentuk rawatan gigi kecuali akibat kemalangan
  • bersalin 
  • kecederaan akibat cubaan membunuh diri
pihak pengendali juga mempunyai syarat2 lain utk perkara yang tidak dilindungi. sila pastikan anda membaca polisi anda dgn teliti.

4. Had penggunaan
Medical card mempunyai had penggunaan tahunan dan seumur hidup yang berbeza tertakluk kepada jenis medical card. Kebiasaannya utk medical card yg disediakan oleh sesuatu syarikat utk pekerja mereka mempunyai had tahunan antara rm25000 hingga rm50000 setahun dan ada juga hingga rm100k atau lebih. Medical card individu kebiasaannya dari rm100k dan keatas dengan had seumur hidup Rm1juta keatas tertakluk kepada pengendali.

5. Medical card keluarga
Ada syarikat pengendali yg menyediakan medical card utk satu keluarga. Secara umumnya, medical card keluarga ini adalah baik kerana ianya lebih murah dan berbaloi. Lebih mudah utk uruskan kewangan keluarga dan kesihatan keluarga. Namun ianya ada juga kelemahnya (sy tidak akan paparkan disini).

Itulah secara umumnya apa yang perlu anda tahu ttg medical card. Jika ada pertanyaan boleh komen diruangan komen. Harap ada manfaat utk anda.... terima kasih.



Thursday, December 13, 2018

Definisi Lumpuh Kekal dari sudut Takaful


Apakah definisi lumpuh kekal dari sudut takaful? rasanya ramai yang tidak tahu... adakah hilang satu jari di kira lumpuh kekal? adakah sebelah tangan lumpuh tak boleh digerakkan dikira lumpuh kekal?

Disini saya akan jelaskan maksud lumpuh kekal dari sudut takaful. hilang satu jari atau lumpuh tangan sebelah tidak dikira lumpuh kekal...ia dipanggil cacat kekal. cacat kekal ni, jika kita ada perlindungan takaful cth mcm hibah, hanya boleh dpt pampasan  dalam 10% hingga 25% bedasarkan cacat yg kita alami. Lumpuh kekal dari sudut takaful bagi yg berumur dr 19thn hingga 60thn mempunyai dua kondisi (bg warga emas dan kanak2 sy akan terangkan pada entri yg lain)

1. Kita mempunyai enam anggota yg utama iaitu 2 biji mata, 2 tangan dan 2 kaki. Jika kita kehilangan dua anggota dari enam anggota tersebut ianya adalah lumpuh kekal. Tak kisah jika kita hilang 1 tangan dan 1 kaki, tetap dipanggil lumpuh kekal dan kita boleh dapat pampasan 100% atau 90% berdasarkan terma perlindungan dr syarikat Takaful.
Apa maksud kehilangan anggota tersebut:

  • mata - buta sepenuhnya. jika masih boleh melihat cahaya dikira bukan buta sepenuhnya
  • tangan - hilang anggota tangan dr pergelangan tangan keatas atau bahasa mudah tangan putus
  • kaki - hilang anggota kaki dr buku lali keatas atau bahasa mudah kaki putus

2. Dengan pengesahan drp doktor bahawa anda tidak mampu melakukan apa2 kerja termasuk menguruskan diri anda sendiri.

Harap ada manfaat utk anda.

Adakah Hibah penting hanya untuk kematian?



Ramai yang tahu tentang hibah ataupun hadiah pada masa kini. Kebanyakan company takaful memang menyediakan produk berasaskan hibah. Hampir semua company takaful akan promosi produk hibah ini dengan "apa akan jadi kepada isteri atau anak2 jika anda meninggal", "hibah penting utk yang tersyg jika anda meninggal dunia", "hibah tidak perlu melalui proses faraid" dan mcm2 lagi. Hampir semuanya dikaitkan dengan kematian.

TAPI TAHUKAH ANDA HIBAH JUGA SANGAT PENTING JIKA ANDA MENGALAMI LUMPUH KEKAL?

Kenapa??? 

1. Apabila anda mengalami lumpuh kekal, maka kebiasaannya anda akan kehilangan pekerjaan. Majikan tidak akan menyimpan anda kerana anda telah menjadi liabiti kepada syarikat tidak kira swasta atau kerajaan. Maka anda akan kehilangan punca pendapatan. Maka disinilah hibah memainkan peranan sebagai pengganti gaji utk anda.

2. Apabila anda mengalami lumpuh kekal, kos penjagaan anda adalah tinggi dan mungkin isteri atau suami terpaksa menjaga anda, dan pekerjaan mereka juga mgkn akan terjejas. Oleh itu, pampasan hibah ini boleh digunakan utk kesihatan anda dan juga belanja utk keluarga.

3. Bila mengalami lumpuh kekal, kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi berbanding jika anda meninggal. Dgn kos perubatan, kos sara hidup anda dan juga kos penjagaan anda, belum lagi dikira kos sara hidup keluarga anda.

Harap penjelasan ini bermanfaat utk anda merancang kewangan anda.

*hibah bukanlah segala-galanya jika anda meninggal atau mengalami musibah. ianya hanya sebagai satu bentuk usaha, selebihnya kita panjatkan doa dan tawakal kerana segalanya adalah dibawah kekuasaan Allah.